fbpx

Pengedar sah baharu Isuzu Malaysia sempurnakan penyerahan pertama jentera jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanghaag (kiri) dan Nakamura pada majlis penyerahan trak tersebut di bilik pameran Truck Venture Sdn. Bhd., Seksyen 51A, Petaling Jaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengedar sah baharu Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu Malaysia), Truck Venture Sdn. Bhd. berjaya menyempurnakan penyerahan pertama jentera jualan mereka hari ini.

Menurut kenyataan Isuzu Malaysia, sebuah unit trak Isuzu ELF Tugas Ringan 6-wheeler tersebut diserahkan kepada syarikat LOM Logistics Sdn. Bhd. di bilik pameran mereka di Seksyen 51A, Petaling Jaya.

“LOM Logistics Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengangkutan muatan dan lojistik, yang
beroperasi secara khusus dalam bidang Pengangkutan Air.

“Trak ELF Tugas Ringan yang diperoleh ini merupakan tambahan unit baharu kepada flit kenderaan komersial sedia ada mereka dan ia dijangka akan mengukuhkan lagi operasi syarikat itu di seluruh negara,” kata kenyataan tersebut di sini semalam.

Majlis penyerahan trak itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, malah beliau turut menghadiahkan replika kunci dan hadiah penghargaan iaitu sebuah Trak Miniatur Isuzu kepada Pengurus syarikat berkenaan Lee Sanghaag.

Acara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Atsunori Murata serta wakil-wakil syarikat Truck Venture Sdn. Bhd. iaitu Pengarah Konsultan, Loo Siok Yee dan Pengurus Jualan, Loo Siok Hua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI