fbpx

Maqis tahan 7 kucing bernilai RM19,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kucing baka British Short Hair dan Persian yang ditahan Maqis di KLIA pada akhir Julai lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas tujuh ekor kucing bernilai RM19,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada akhir Julai lalu kerana gagal pamer dokumen permit.

Pengarah Maqis  Selangor Dr. Tarmisal Alimin berkata, kesemua kucing berkenaan dibawa oleh empat orang warganegara Malaysia yang baru pulang dari Riyadh, Arab Saudi.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap tujuh ekor kucing jenis British Short Hair, Persian, American Short Hair dan Domestic Long Hair itu mendapati
salah seekor daripada kucing berkenaan tidak mempunyai permit import yang sah.

“Manakala, enam ekor yang lain tidak mematuhi syarat sepertimana yang dinyatakan di dalam dokumen permit yang dikeluarkan oleh MAQIS. Mereka juga gagal mengemukakan Sijil Kesihatan Veterinar daripada negara asal.

“Kegagalan pengimport untuk mengemukakan dokumen permit import semasa pemeriksaan di pintu masuk adalah merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, kegagalan mematuhi syarat import pula adalah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Tarmisal berkata, adalah penting untuk pengimport mematuhi syarat-syarat pengimportan haiwan peliharaan bagi memastikan haiwan peliharaan yang dibawa masuk ke dalam negara bebas dari sebarang risiko penyakit.

Katanya, pihaknya sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan sebarang kemasukan dan keluaran yang membabitkan hasilan haiwan, pertanian dan juga ikan agar ianya mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI