fbpx

Empat penyamun diberkas kurang 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
empat penyamun yang ditahan oleh pihak polis

KLANG – Empat penjenayah berjaya diberkas dalam tempoh kurang 24 jam selepas terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah restoran di Taman Aman Perdana di sini.

Kesemua suspek lelaki berusia 18 ke 35 tahun ditahan pukul 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, keempat suspek itu didapati telah menyamun pembantu kedai yang ingin membuka restoran tempatnya bekerja pukul 6.20 pagi semalam.

Katanya, kesemua suspek tersebut bersenjatakan parang ketika melakukan samun tersebut.

“Berlaku pergelutan antaea mangsa dan suspek sehingga menyebabkan kecederaan di sebelah tangan kanan pembantu kedai tersebut.

“Suspek kemudiannya telah melarikan diri dengan membawa telefon bimbit mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, bertindak atas maklumat tersebut sepasukan pegawai dan anggota kemudiannya berjaya menahan keempat-empat suspek yang dalam pengaruh dadah di lokasi berbeza di daerah ini.

Merurut Nurulhuda, pihaknya turut merampas sebilah pisau sepanjang 43 sentimeter (cm), batang besi berukuran 68cm, kereta jenis Proton Saga, telefon bimbit dan beberapa helai baju daripada kumpulan suspek itu.

“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes samun, curi kenderaan dan dadah.

“Mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI