fbpx

Empat kompaun tidak pakai pelitup muka dikeluarkan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang melakukan pemantauan pemakaian pelitup muka di Pasar Payang 2, Kuala Terengganu hari ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Sebanyak empat kompaun kesalahan tidak memakai pelitup muka di premis sesak telah dikeluarkan di Terengganu sejak peraturan itu dikuatkuasakan sejak kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan 16 kompaun kepada pengusaha restoran di seluruh negeri ini atas kesalahan gagal merekod butiran dan suhu badan pelanggan.

“Setiap pihak tersebut dikenakan kompaun RM1,000 dan jika ia gagal dilunaskan, hukuman penjara sehingga enam bulan boleh dikenakan.

“Penekanan terhadap pemakaian pelitup muka ini juga diberikan kepada pengguna pengangkutan awam seperti bas henti-henti, ekspres dan pelancongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintenden Tium Ming Kung di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu.

Roslee memberitahu, seramai 384 anggota penguat kuasa terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan pihak berkuasa tempatan telah dikerah untuk melakukan pemantauan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di seluruh Terengganu.

Begitu pun, beliau berkata, setakat ini, pihaknya masih lagi menggunakan budi bicara menasihat orang ramai agar lebih mematuhi prosedur operasi standard (SOP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI