fbpx

Dua beradik terselamat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota sedang memadamkan kebakaran sebuah kuarters kerajaan di Shah Alam

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Dua perempuan dipercayai adik-beradik terselamat daripada kebakaran di rumah mereka di tingkat 10 sebuah kuarters kerajaan di Seksyen 16 di sini hari ini.

Kedua-dua mereka berusia 11 dan 17 tahun dipercayai sempat keluar selepas kebakaran dipercayai berlaku di bilik mereka.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Faizal Md Zin berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.43 petang daripada jiran mangsa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian mendapati kedua-dua mereka sedang menangis dan ditenangkan oleh orang ramai.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan hampir 10 peratus bilik di rumah mangsa sebelum operasi ditamatkan pukul 2.44 petang,” katanya.

Jelas beliau, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI