fbpx

Jualan songkok terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnisalfina menjahit songkok yang telah ditempah pelanggan di kedainya di Kuala Pilah.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

KUALA PILAH – Penularan pandemik Covid-19 yang masih berlaku menyaksikan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut secara sederhana.

Walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berbanding semasa sambutan Aidilfitri lalu, masyarakat di lihat masih lagi berwaspada dan pmematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sambutan serba sederhana kali ini dilihat telah menjejaskan jualan kelengkapan pakaian hari raya termasuk songkok yang selama ini laris apabila menjelang sambutan perayaan tersebut.

Bagi pembuat songkok, Hasnisalfina Mohd. Yunus, 52, perniagaannya juga terjejas kerana tempahan yang diterimanya bagi tahun ini berkurangan.

“Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini memang memberi kesan kerana 25 hingga 30 buah songkok sahaja yang telah ditempah oleh pelanggan. Kebanyakan tempahan diterima dari jabatan dan agensi kerajaan.

“Tempahan songkok daripada individu amat berkurangan berbanding tahun sebelum ini kemungkinan orang ramai masih lagi berwaspada dengan wabak Covid-19. Walau sedikit, saya bersyukur masih lagi menerima tempahan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hasnisalfina yang merupakan pembuat songkok tunggal wanita di daerah ini, dalam pada itu berkata, walaupun berdepan cabaran tersebut, dia masih positif untuk meneruskan perniagaan yang telah ditinggalkan oleh arwah suaminya itu.

Malah, dia juga amat berbangga dapat meneruskan kedai songkok Seri Warisan itu yang telah diusahakan oleh suaminya sejak tahun 1992.

“Arwah suami sudah mengusahakan kedai ini sejak 1992, jadi apa yang ada hari ini merupakan usahanya dan selepas dia meninggal dunia, saya mengambil alih perniagaan ini.

“Saya memang belajar membuat songkok sepenuhnya dari suami, tidak pernah menghadiri mana-mana kelas jahitan. Cuma selepas ini saya mahu memasarkan jualan secara dalam talian memandangkan ramai yang lebih selesa membeli dengan cara itu,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI