fbpx

Pakai pelitup muka tidak membebankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan di sebuah pasar raya di Arau mendapati masyarakat memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Pemakaian pelitup muka bukan satu bebanan tetapi merupakan usaha untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Seorang pelajar, Mashsyahira Alyaa Mohd Razuan, 24, berkata, jika masyarakat degil dan mengambil mudah pemakaian pelitup muka, peningkatan kes mungkin berlaku seterusnya menyebabkan negara kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelitup muka juga kini mudah didapati pada harga yang murah, jadi tiada alasan untuk tidak memakainya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pelajar, Mastura Kamilia Mohd. Razuan, 20, berpendapat, kerajaan terpaksa mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana masyarakat dilihat mengambil ringan tentang pematuhan SOP sehingga menyebabkan kes meningkat semula.

“Saya memang pakai pelitup muka walaupun ia belum diwajibkan kerajaan sebelum ini,” ujarnya.

Tinjauan di sekitar bandar Kangar dan Arau mendapati rata-rata masyarakat menyambut baik tindakan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pemeriksaan dan pemantauan diperketatkan sejajar dengan arahan pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam, kawasan sesak atau tumpuan umum.

“Sehingga kini (pukul 1 petang tadi) pematuhan prosedur operasi standard di negeri ini adalah pada tahap 85 peratus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI