fbpx

Bersatu yang mahu bersama MN – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah, empat dari kanan) bersama petugas program melapah lembu di Masjid Jamek Sungai Burong hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu bersama Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, hasrat Bersatu yang mahu bersama MN disampaikan sendiri oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu perjumpaan bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

“Dalam satu perjumpaan dengan Ahli Parlimen baru-baru ini, saya sendiri dengar yang Tan Sri Muhyiddin kata ahli Majlis (Pimpinan) Tertinggi Bersatu bersetuju Bersatu untuk bersama Muafakat Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ibadah korban anjuran UMNO bahagian Tanjong Karang di Masjid Jamek Sungai Burong di sini hari ini.

Memetik sebuah laporan portal berita sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Redzuan Md. Yusof menyangkal dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Bersatu membuat permohonan untuk menyertai MN.

Menjawab dakwaan berkenaan, Noh berkata, Redzuan tidak berada di dalam perjumpaan berkenaan semasa Muhyiddin menyampaikan hasrat partinya itu.

“Bagi saya, kenyataan Redzuan itu tak tepat. Dia tidak ada dalam perjumpaan tersebut,” jelasnya.

Khamis lalu, Ahmad Zahid menyatakan bahawa partinya tidak akan menyertai PN sebagai sebuah komponen parti kerana mahu memperkasakan MN bersama PAS dan ahli komponen BN yang lain.

Ujarnya, sokongan UMNO terhadap Muhyiddin hanyalah berlandaskan sokongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO serta Barisan Nasional dalam pembentukan kerajaan pusat dan negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI