fbpx

SPR terima writ pengisytiharan pembubaran DUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPR terima notis pembubaran DUN Sabah.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi berkaitan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke 15.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya menerima writ pengisytiharan berkenaan semalam.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran.

“SPR bakal mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya berkenaan.

“Tarikh mesyuarat terbabit akan dimaklumkan kelak oleh pihak SPR,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah pada sidang media khas pagi semalam.

Tindakan berkenaan diambil selepas ADUN Sungai Sibuga yang juga bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Sabah baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI