fbpx
Nur Ashira menunjukkan gambar bersama kakaknya, Nor Shafika yang menderita akibat kegagalan buah pinggang sejak tiga tahun lalu.

‘Saya tak sanggup lihat kakak derita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang adik yang tidak sanggup melihat kakaknya menderita akibat ke­gagalan buah pinggang sejak tiga tahun lalu nekad mahu mendermakan organnya itu demi memastikan insan tersayangnya terus hidup.

Nor Ashira Hanum Abd. Rahim, 30, berkata, dia dan kakak­nya itu, Nor Shafika Hanis, 31, akan melakukan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur pada hujung tahun ini.

Katanya, dia sanggup me­ngambil segala risiko, asalkan Nor Shafika Hanis atau lebih mesra dipanggil Fifi yang menetap di Kota Bharu, Kelantan tidak lagi bergantung hidup pada mesin dialisis.

“Saya memang halalkan buah pinggang yang akan saya dermakan untuk dia.

“Saya harap apa yang saya lakukan ini akan dapat meri­ngankan penderitaannya. Saya tidak sanggup lihat kakak menderita lagi,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

 

Nor Ashira sedih ketika menceritakan penderitaan yang dialami kakaknya.

 

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, kegagalan kedua-dua buah pinggang kakaknya yang merupakan ejen insurans itu berpunca daripada pengambilan pil kurus ketika remaja sehingga menyebabkan organ Fifi mula mengecut.

“Masalah itu berlaku ketika kakak saya mengandung cahaya mata pertamanya sehingga dia terpaksa menggugurkan kan­dungan.

“Sampai sekarang dia terpaksa memendam hasrat untuk menimang cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin, malah perlu bergantung seumur hidup dengan mesin dialisis,” ujarnya.

Menurutnya, sebelum me­ngalami masalah itu, kakaknya seorang yang peramah, ceria dan suka membantu orang lain, tetapi selepas menghidap masalah itu, dia seperti hilang semangat untuk meneruskan hidup. 

“Saya sendiri lihat betapa peritnya dia menanggung ke­sakitan ketika menjalani dialisis di sebuah hospital swasta di Kota Bharu sehingga adakala­nya tangannya bengkak selama berminggu-minggu akibat kesan daripada rawatan.

“Selepas setahun dirawat, keadaan Fifi masih tidak berubah selagi pemindahan buah pinggang tidak dijalankan,” ujarnya.

Guru prasekolah di sebuah sekolah swasta di Presint 14 di sini memberitahu, dia kini sedang menjalani proses saringan sebagai persediaan akhir sebelum transplantasi buah pinggang dijalankan.

Katanya, sebelum ini, hampir setahun dia terpaksa menganggur kerana perlu berulang-alik menaiki bas dari Putrajaya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu setiap bulan bagi menjalani pemeriksaan dan saringan bagi memastikan buah pinggangnya berada dalam keadaan baik.

“Saringan yang dilakukan bukan semudah yang disangka, kadangkala seharian saya di hospital untuk melakukan pemeriksaan darah dan air kencing setiap jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN