fbpx

Shafie menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafie.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Rombongan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dilihat mula memasuki pekarangan Istana Negeri di sini kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.

Beberapa kenderaan yang mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) kelihatan mengiringi kereta dinaiki Shafie.

Rombongan Shafie itu difahamkan untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin susulan perkembangan terkini keadaan politik Sabah.

Bagaimanapun, rombongan berkenaan dilihat keluar dari pintu masuk Istana Negeri sekitar pukul 9 pagi.

Laluan pintu masuk ke Istana Negeri sejak semalam juga sudah mula dikawal ketat oleh pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) .

Sementara itu, Shafie yang juga Presiden Warisan dijadual mengadakan sidang media pada pukul 10 pagi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Sidang media berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sudah mendapatkan majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI