fbpx

NZ Wheels pamer 3 model AMG baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Hamdam (kiri) bersama Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp (kanan) menyerahkan replika kunci kepada Peter yang merupakan pembeli pertama model A45 AMG Edition 1 di NZ Wheels Autohaus Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

NZ Wheels Sdn. Bhd. (NZ Wheels) baru-baru ini menganjurkan satu majlis pratonton khas untuk tiga model kompak terbaharu Mercedes-Benz di bilik pamerannya di ibu negara.

Tiga model kereta jenama Jerman yang dipamerkan pada Majlis Tontonan Khas AMG itu ialah A 35 S 4MATIC Edition 1, A 45 S 4MATIC+ Edition 1 dan CLA 45 S 4MATIC+.

Majlis tersebut dihadiri beberapa tetamu jemputan, pelanggan dan rakan perniagaan dan berlangsung di premis NZ Wheels Bangsar Autohaus, Selasa lalu.

NZ Wheels merupakan salah sebuah syarikat pengedar rasmi kenderaan jenama Mercedes-Benz di Malaysia.

“Majlis Tontonan Khas AMS ini diadakan bagi sebagai tanda menghargai pelanggan dan rakan perniagaan kami yang memberi sokongan berteruskan kepada NZ Wheels dan jenama Mercedes-Benz,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan.

NZ Wheels turut mengadakan majlis penyerahan sebuah Mercedes-Benz A45 AMG Edition 1 kepada pelanggan, Peter Leong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI