fbpx

Lemang daun lerek pelengkap juadah Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Faiz Izzuddin Zulkarnain (kanan) dan sepupunya, Hamimi Shahrir Hamidun sedang membakar lemang daun lerek untuk dijadikan hidangan di pagi Hari Raya Aidiladha di Taman Chepor Indah, Chemor, Perak hari ini.

IPOH – Tidak lengkap rasanya bagi orang Perak jika juadah di pagi Hari Raya Aidiladha tanpa hidangan lemang dan rendang.

Namun berbeza dengan sambutan Hari Raya Korban tahun ini bagi keluarga Mohammad Faiz Izzuddin Zulkarnain, 25, yang membakar sendiri lemang yang lain dengan kebiasaan iaitu lemang daun lerek.

Menceritakan pengalaman membakar lemang daun lerek yang dibuatnya sejak setahun lalu ini, Faiz Izzuddin mendapat resepi lemang ini daripada bapanya, Zulkarnain Saidin, 53, yang belajar resepi tersebut dari Negeri Sembilan.

“Rasanya sedikit berbeza dengan lemang biasa yang menggunakan daun pisang kerana daun lerek ini mempunyai aromanya tersendiri.

“Resepi dan cara bakarnya juga ada sedikit perbezaan dengan kaedah membakar lemang biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Chepor Indah, Chemor di sini hari ini.

Tambah Faiz Zulkarnain, pada peringkat awal, keluarganya hanya membakar lemang daun lerek ini untuk hidangan keluarga di pagi hari raya sahaja namun ia mula mendapat permintaan daripada kawan-kawan dan penduduk sekitar.

“Dulu kami bakar lemang untuk juadah pagi raya sahaja namun apabila respon daripada kawan-kawan dan jiran yang sangat baik, kami mula membuka tempahan untuk penduduk sekitar Ipoh.

“Pada musim perayaan ini, kadang-kadang kami juga tidak menang tangan untuk membakar lemang daun lerek ini sehingga boleh mencapai 200 batang sehari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI