fbpx

Lampard punca Werner pilih Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER mengakui dia memilih Chelsea sebagai pasukan baharu kerana percaya Lampard mampu mengemudi pasukan itu menjadi lebih baik. – AFP

LONDON – Penyerang baharu Chelsea, Timo Werner mengakui pengurus The Blues, Frank Lampard menjadi faktor utama dia menyertai pasukan tersebut.

Meskipun mendapat perhatian beberapa buah kelab ternama Eropah, namun penyerang berusia 24 tahun itu lebih tertarik dengan projek Lampard di Stamford Bridge.

Perpindahan pemain antara­bangsa Jerman itu ke Chelsea boleh dikatakan mengejutkan memandangkan dia disebut-sebut akan menyertai Liverpool pada awalnya.

“Ya, memang beliau (Lampard) menjadi faktor utama saya menyertai Chelsea. Kami sudah bercakap mengenai sistem permainan termasuk bagaimana peranan saya di kelab ini.

“Beliau merupakan individu yang sangat bagus kerana dia melihat saya bukan hanya sebagai pemain tetapi sahabat. Jadi, saya sangat gembira untuk berada di sini,” kata Werner.

Pada masa sama, dia bertekad untuk meneruskan legasi The Blues yang sentiasa menjadi pa­sukan pencabar kejuaraan sejak era Petr Cech, John Terry dan Didier Drogba.

“Perpindahan ini ibarat mimpi menjadi nyata kerana Chelsea adalah sebuah pasukan yang sangat besar. Saya mahu menjadi pemain era baharu pasukan ini dan sedia untuk berikan segala-galanya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI