fbpx
Jeffrey (tengah) ketika sidang akhbar selepas rombongan Musa dihalang memasuki Istana Negeri di Kota Kinabalu hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL

33 ADUN kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai 33 Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) kecewa selepas tidak dibenarkan memasuki Istana Negeri bagi mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, situasi berkenaan amat mengecewakan berikutan mereka memiliki majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

“Tujuan kita bertemu dengan Tun adalah mahu mendapatkan penjelasan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita memiliki majoriti yang cukup malahan wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga sudah bertemu dengan Tun dan menyatakan kami sudah ada majoriti.

“Semua 33 ADUN ada di sini tetapi kami tidak dibenarkan masuk,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Semua kenderaan yang membawa Musa serta rombongan kemudiannya dilihat beredar sekitar pukul 5.30 petang sejurus sidang media selesai.

Terdahulu, Musa bersama rombongannya tiba di Bulatan Nenas di Jalan Istana kira-kira pukul 3.50 petang namun dihalang pasukan keselamatan yang membuat kawalan di jalan terbabit. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN