fbpx

30 September sebutan semula kes ubah wang haram, LHDN Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika di Mahkamah di Jalan Duta, hari ini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan 30 September depan bagi sebutan semula kes pengubahan wang haram dan penyata pendapatan kepada Lembaga  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh yang baharu itu.

Terdahulu,  peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya sedang menjalani perbicaraan kes rasuah membabitkan projek tenaga solar.

“Berikutan itu, saya mohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk untuk sebutan semula dua kes ini,” katanya.

Dalam prosiding itu, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, dan Mohd. Farizul Hassan Bakri tidak membantah dengan cadangan tarikh baharu tersebut.

Sebelum ini, mahkamah sama melapangkan perbicaraan dua kes itu bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes rasuah Rosmah membabitkan projek tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah berpandangan, bahawa keutamaan perlu diberi kepada perbicaraan kes projek solar yang sedang berlangsung terlebih dahulu sehingga selesai.

Pada 4 Oktober lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI