fbpx

Riverside Cafe On The Go tawar peluang bisnes kepada usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memperkasakan cabang perniagaan makanan dan minumannya dengan menceburi bisnes francais sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada hanya satu sumber pendapatan.

Pusat konvensyen yang terkenal dengan Restoran Riverside dan menjadi lokasi pertemuan pilihan bagi ahli politik dan tokoh perniagaan itu telah melancarkan cawangan baharu berbentuk kios, Riverside Cafe On The Go di ruang legar Menara Dato Onn.

Tampil lebih santai, namun masih mengekalkan menu popular di Riverside seperti nasi lemak, pai daging dan aneka kuih muih Melayu tradisional, cawangan berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.

Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab berkata, pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk membuka lebih banyak cawangan berkonsepkan sama menggunakan sistem francais dengan sasaran pembukaan 10 cawangan tahun hadapan di sekitar Lembah Klang.

“Antara lokasi yang dipertimbangkan adalah seperti di stesen minyak, selain hospital dan pejabat dengan penawaran harga mesra rakyat.

“Kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Nasional Bhd. untuk membuka operasi di institusi pengajian tinggi yang tidak hanya menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar, malah melatih mereka menjadi usahawan,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut Fauzy, pihaknya cuba lari daripada konsep operasi pusat konvensyen biasa dan ingin memanfaatkan pengalaman serta kepakaran yang ada untuk meningkatkan nama WTCKL menjadi sebuah jenama gaya hidup.

“Kami telah merancang pelbagai acara-acara menarik di WTCKL, namun pelaksanaannya terencat akibat pandemik Covid-19.

“Namun program tersebut bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan acara-acara besar sebegini diadakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI