fbpx

Covid-19: 13 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR IDAYU BOSRO

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kes positif mencecah 8,956 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 13 kes baharu itu, lima kes membabitkan penularan tempatan manakala, bakinya adalah kes import.

Beliau berkata, kes import adalah dari negara Gambia, Ukraine, United Kingdom, Filipina, India dan Pakistan dengan membabitkan empat warganegara dan empat bukan warganegara.

“Manakala, kes penularan tempatan pula melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua kluster aktif di Sarawak iaitu kluster Sentosa dan Mambong masing-masing melaporkan satu kes baharu.

Beliau berkata, kluster Sentosa telah melibatkan kes sehingga generasi kedua dan punca jangkitan dipercayai daripada aktiviti dalam komuniti.

“Sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 31 kes positif dikesan di kluster Sentosa yang merupakan sebuah hospital di Kuching.

“Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan melindungi pesakit serta anggota kesihatan, operasi Jabatan Pesakit Luar dan kemasukan pesakit baru telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak namun rawatan kepada pesakit sedia ada diteruskan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI