fbpx

Gagal timbulkan keraguan munasabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJIB (tengah) turut ditemani oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan).

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam pembelaannya atas pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas membaca penghakimannya.

Bagi pertuduhan itu, Najib, 67, didakwa mengikut  Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Namun mahkamah belum lagi memutuskan hukuman bagi pertuduhan tersebut.

Sementara untuk enam lagi pertuduhan iaitu membabitkan pecah amanah dan pengubahan wang haram, Mohd. Nazlan masih lagi membaca penghakiman ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI