fbpx

[VIDEO] Najib bersalah 7 pertuduhan dana SRC RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJIB (tengah) didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tadi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkam keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan itu selepas selesai membaca penghakimannya selama dua jam.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa Najib didakwa mengikut  Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, Najib didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan hukuman sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu untuk tiga pertuduhan pengubahan wang haram Ahli Parlimen Pekan itu dituduh mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.

Namun setakat ini mahkamah belum lagi memutuskan hukuman bagi pertuduhan kesemua tersebut.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram, manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ialah peguam utama pihak pembelaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI