fbpx

Jabatan Penerangan edar 5,000 Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow memasang Jalur Gemilang pada sebuah kereta di Batu Kawan, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Penerangan negeri telah mengedarkan kira-kira 5,000 bendera Jalur Gemilang di negeri ini sempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Pengarahnya Sabri Said berkata, penyerahan tersebut dibuat kepada wakil-wakil komuniti, badan bukan kerjaan (NGO) dan jabatan-jabatan kerjaaan.

“Penyerahan Jalur Gemilang bersaiz dua kali lima kaki itu dibuat melalui program Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka) yang dilaksanakan pada setiap hari.

“Untuk tempoh 16 hingga 30 Julai ini kami akan adakan sebanyak 100 program IOW Merdeka peringkat negeri iaitu setiap daerah akan buat 20 program (masing-masing),” katanya kepada pemberita di Batu Kawan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2020 Peringkat Pulau Pinang yang disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

IOW Merdeka merupakan inisiatif jabatan itu dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan serta isu semasa seperti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Covid-19, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia serta hebahan ancaman wabak denggi.

Sementara itu, Kon Yeow berkata pihaknya akan turut memainkan peranan membantu jabatan itu bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan turut mengedarkan Jalur Gemilang tersebut.

“Bagaimanapun, kita juga menyeru pihak swasta, premis perniagaan, rumah kediaman, institusi dan individu untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Ia satu kesempatan yang baik di saat negara berdepan Covid-19 untuk kita bersatu padu menunjukkan semangat patriotisme dan menghadapi pandemik ini dengan mematuhi prosedur operasi standar (SOP),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI