fbpx

‘Lunchai’ diberkas belasah lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang ejen tarik kereta dikenali sebagai ‘Lunchai’ berikutan videonya membelasah seorang lelaki di kawasan Api-Api Centre menjadi viral di laman sosial semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di kediamannya yang terletak di Taman Sempelang sekitar pukul 11.30 malam oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menahan suspek selepas menerima laporan yang dibuat oleh mangsa kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dipukul dalam kejadian terbabit.

“Kita menahan suspek bersama pakaian serta barangan yang dibawa ketika kejadian berlaku selain turut merampas motosikal digunakan suspek,” katanya ketika sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai 16 kes jenayah lampau membabitkan dadah, curi dan mendatangkan kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN