fbpx

63 mangsa banjir Bandar Baharu dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh AZAHAR HASHIM

BANDAR BAHARU – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  dibuka bagi menempatkan 63 mangsa banjir dari Kampung Banggol Rashid dan Kampung Baru Selama Estet, dekat sini.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, mangsa dari Kampung Banggol Rashid dipindahkan ke PPS Sekolah Kebanggsaan (SK) Selama.

“Mangsa banjir dari Kampung Selama Estet pula ditempatkan di PPS SK Sungai Salleh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, PPS SK Selama dibuka kira-kira pukul 1 pagi semalam manakala PPS SK Sungai Salleh dibuka kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Seramai 37 mangsa berada di PPS SK Selama sementara di PPS SK Salleh terdapat 26 mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini tiada penambahan mangsa dan keadaan banjir mulai surut, namun air masih bertakung di beberapa kawasan.

“Setakat ini mangsa di PPS masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI