fbpx

Setengah juta rakyat mula isi e-Census

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

KUALA LUMPUR- Kira-kira 500,000 isi rumah di negara ini mula mengisi sistem secara dalam talian e-Census bagi pelaksanaan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, angka itu dicatatkan selepas kira-kira 150,000 penempatan telah berdaftar dalam sistem itu.

“Setakat ini hampir 150,000 mula berdaftar dan jika kita jumlahkan purata seramai empat orang satu isi rumah bagi setiap penempatan, ini bermakna hampir 500,000 rakyat sudah berdaftar.

“Bagaimanapun, angka itu masih di bawah sasaran kerana Malaysia mempunyai kira-kira 32.7 juta rakyat,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini tadi.

Turut hadir Presiden Cuepacs, Adnan Mat.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Uzir turut meminta kepada 1.62 juta penjawat awam untuk menghebahkan sistem itu kepada masyarakat sekeliling mereka.

“Jika angka rakyat mengisi e-Census mampu mencecah 20 juta, pelaksanan banci secara rumah ke rumah akan menjadi lebih mudah Oktober nanti kerana berbaki lebih 10 juta isi rumah sahaja,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI