fbpx

Sampai bila nak hadap banjir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Roslan menunjukkan tebing Sungai Bemban yang dibersihkan selepas kejadian banjir yang melanda Kampung Bemban di Seremban baru-baru ini.

SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN – “Selagi masalah aliran sungai tersekat tidak diatasi, selagi itu kami terpaksa berdepan dengan masalah banjir,” kata seorang penduduk, Syed Roslan Syed Rahiman, 39, apabila kediaman sering dinaiki air di Kampung Bemban di sini.

Menurutnya, masalah banjir di kampung itu bukannya isu baru tetapi sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini tanpa ada jalan penyelesaian.

Jelasnya, masalah utama banjir di kampung itu adalah aliran air Sungai Bemban yang tersekat akibat pembangunan di kawasan hulu dan hilir sungai berkenaan.

“Dia kawasan atas sungai ini ada kawasan perumahan baharu dan di bawah pula projek pembinaan landasan kereta api manakala kampung kami terletak di tengah-tengah.

“Apabila hujan lebat berlaku air bercampur lumpur mengalir laju tetapi alirannya tersekat ketika melalui pembentong di bawah projek landasan kereta api menyebabkan berlakunya banjir di kampung kami,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Syed Roslan lagi, setiap kali berlaku banjir, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hanya membersihkan kawasan sungai tetapi kejadian banjir tetap berlaku.

Dalam kejadian banjir pada 12 Julai lalu, kira-kira 31 buah rumah terjejas apabila dinaiki air setinggi hampir satu meter.

Banjir itu adalah kejadian kelima dalam tempoh tiga tahun dan dianggap penduduk sebagai yang paling buruk.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI