fbpx

Polis tahan lelaki mabuk memandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang lelaki memandu kenderaan berwarna putih melawan arus di Kesas.

NOR AZIHAN MD GHAZALI

KLANG – Tindakan seorang lelaki memandu melawan arus dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengundang padah apabila dia ditahan polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dilihat memandu dalam keadaan melawan arus oleh sepasukan anggota peronda Kesas.

“Mereka kemudiannya bertindak menahan pemandu berkenaan di Kilometer 24.1 dari arah Kuala Lumpur menghala Klang sekitar jam 2.10 pagi.

“Polis yang tiba di lokasi tidak lama kemudiannya menahan suspek dan dia dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk ujian pernafasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Siasatan lanjut mendapati, suspek turut mengaku mahu pulang ke kediamannya di Pendamar di sini.

“Ujian pernafasan yang dilakukan ke atas suspek yang bekerja sebagai pembantu pengurus adalah positif, iaitu pemanduan di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Katanya lagi, polis turut merampas kereta jenis Honda City berwarna putih yang dipandunya itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang lelaki memandu kenderaan berwarna putih melawan arus di Kesas.

Video itu turut memaparkan seorang lelaki menjerit dengan kuat meminta pemandu berkenaan menghentikan kenderaannya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI