fbpx

Monsun musim panas cetus bencana banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNA jalan raya meredah banjir akibat hujan lebat di Dhaka. Hampir 200 individu terkorban disebabkan hujan monsun di Bangladesh dengan pihak berkuasa memberi amaran bahawa peningkatan paras air bakal memburukkan lagi keadaan. – AFP

HUJAN lebat akibat monsun musim panas yang melanda kawasan beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Timur menyebabkan banyak tempat ditimpa bencana banjir serta kejadian tanah runtuh.

Peralihan musim monsun adalah perkara biasa yang berlaku setiap tahun, namun peningkatan kadar taburan hujan di beberapa negara membawa kepada kejadian bah lebih teruk di Bangladesh, Pakistan, China dan Jepun.

Data sistem Pengambilan Multi-Satelit Bersepadu (IMERG) mendapati jumlah taburan hujan direkodkan melebihi paras 100 milimeter pada monsun kali ini dan lebih tinggi jika diukur dari permukaan tanah.

Beribu-ribu mangsa dilaporkan terkorban, manakala jutaan lagi penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara selepas banjir menyebabkan banyak rumah dan premis rosak teruk, menjejaskan tanaman serta ternakan.

TOKONG Guanyinge berusia 700 tahun yang dibina di kawasan tebing Sungai Yangtze, Wuhan di wilayah Hubei, China ditenggelami air selepas hujan lebat. Sejak Jun lalu, sekurang-kurangnya 141 orang dilaporkan maut dan hilang, manakala 15 juta penduduk lain terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Banjir itu turut menyebabkan kerugian ekonomi berbilion-bilion dollar. – AFP

 

TIMBUNAN sampah sarap kelihatan di perkampungan Kuma, Kumamoto, Jepun selepas hujan lebat menenggelamkan kawasan tersebut. – AFP

 

SEBUAH keluarga berteduh di luar pondok mereka di kawasan setinggan yang terletak bersebelahan satu saluran pembetungan selepas paras air naik secara mendadak ketika hujan monsun di New Delhi, India. – AFP

 

ORANG awam mengharungi jalan raya yang dinaiki air selepas hujan monsun melanda bandar Lahore, Pakistan. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI