fbpx

Enam pendaki sesat diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada enam pendaki yang diselamatkan setelah sesat semasa menuruni ke kaki Gunung Liang di Tanjung Malim awal pagi tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

TANJUNG MALIM – Enam individu termasuk seorang wanita yang sesat ketika mendaki Gunung Liang dekat sini sejak malam semalam dijumpai awal pagi tadi.

Kesemua mangsa dipercayai sesat ketika dalam perjalanan turun ke kaki gunung tersebut yang setinggi 1,934 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, pihaknya dihubungi pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Mualim pada pukul 8.15 malam tadi berhubung kejadian tersebut.

Katanya, sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim diketuai beliau kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

“Pasukan penyelamat telah digerakkan dan berjaya menemui dua mangsa pertama iaitu seorang lelaki dan perempuan pada pukul 11.20 malam.

“Empat mangsa akhir pula ditemui pada pukul 12.34 pagi dan kesemua pendaki berada dalam keadaan selamat ketika dibawa turun,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Hutan, sukarelawan bomba dan penduduk kampung yang kesemuanya seramai 27 orang.

Kesemua pendaki yang berusia antara 30 hingga 50 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi mencari tamat pukul 2.11 pagi.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI