fbpx

617 ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 617 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 25 Julai lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 individu direman manakala 597 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP itu termasuk aktiviti pub dan kelab malam membabitkan sebanyak 331 orang.

“Selain itu, aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial membabitkan 286 orang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, seorang warganegara asing ditahan atas kesalahan imigresen ketika sekatan jalan raya Operasi Benteng, semalam.

“Setakat semalam, sebanyak 34,224 kenderaan diperiksa menerusi 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI