fbpx

VIDEO TULAR Remy Ishak ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH salah seorang penari dalam video klip lagu How You Like That yang ada iras Remy Ishak hangat diperkatakan netizen dalam laman sosial.

Fenomena lagu How You Like That nyanyian kumpulan K-pop terkenal, BLACKPINK tidak perlu disangkal lagi. Baru-baru ini, tular sebuah video sekumpulan penari yang menari mengikut rentak lagu tersebut. Apa yang menggelikan hati netizen, wajah salah seorang penari dalam rakaman video tersebut mirip wajah pelakon, Remy Ishak. Perkara tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @eraperfume sebelum mula tular sehingga mendapat lebih 18,500 ulang ciap dan komen.

 

 

Jika diteliti, memang agak sama bentuk wajahnya. Selain itu, netizen juga mengatakan wajah jejaka tersebut juga sama dengan pelakon, Aeril Zafrel. Lebih bertambah lucu, kedua-dua pelakon kacak itu turut mengulang siar hantaran berkenaan dengan menulis kapsyen yang mencuit hati. Hasil carian menunjukkan video asal tersebut telah dimuat naik menerusi aplikasi TikTok oleh seorang pengguna, @natchananthom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI