fbpx

LAGU POPULAR 12 Tahun Terindah – Bunga Citra Lestari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Meskipun baru dimuat naik dalam masa sehari, klip video lagu terbaharu, 12 Tahun Terindah nyanyian Bunga Citra Lestari (BCL) telah mencecah lebih enam juta tontonan dalam YouTubenya, It’s Me BCL.

Klip video yang dimuat naik pada 19 Julai lalu mengisahkan perjalanan hidup BCL dan anaknya, Noah Sinclair sejak kematian Ashraf Sinclair pada Februari lalu. Dia juga bersyukur dengan kenangan selama 12 tahun bersama suaminya.

Rata-rata netizen memberi komen positif selepas mendengar lagu yang liriknya ditulis oleh BCL itu. Ada yang turut menitiskan air mata kerana bait-bait lirik tersebut sangat menyentuh perasaan. Klip video arahan Adam Sinclair itu juga memaparkan gambar-gambar kenangan sepanjang tempoh perkahwinan pasangan romantis itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI