fbpx
AZEEM nekad untuk memburu status raja pecut remaja Asia pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia tahun depan.

Azeem bersemangat tawan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

‘Usain Bolt’ Malaysia mahu julang status raja pecut remaja Asia

PERMATA olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi enggan mensia-siakan peluang terbaik­nya untuk bergelar raja pecut remaja Asia pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia tahun depan.

Difahamkan, pertandingan peringkat umur bawah 20 tahun itu akan dianjurkan semula tahun depan selepas kejohanan yang sepatutnya berlangsung di Bangkok, Thailand dari 14 hingga 17 Mei lalu terpaksa dibatalkan.

Persatuan Olahraga Asia terpaksa membuat keputusan itu bagi membendung penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak Mac lalu.

Justeru, Azeem dengan gela­ran ‘Usain Bolt’ Malaysia itu mahu merampas semula gelaran raja pecut remaja Asia yang pernah dimenangi pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan ketika edisi 2016 di Ho Chi Minh, Vietnam.

“Saya pernah gagal pada Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN 2018 tetapi ketika itu saya baru tingkatan dua. Jadi, saya tidak mahu peristiwa sama berulang lagi.

“Kalau Khairul Hafiz boleh lakukannya dahulu, kenapa saya tidak? Ini adalah salah satu platform terbaik untuk perkem­bangan karier saya,” katanya.

Cabaran pelari berusia 16 tahun itu tetap mencabar kerana bintang Indonesia, Lalu Muhammad Zohri dijangka mengambil bahagian untuk mempertahankan pingat emas 100m dimenanginya sewaktu edisi 2018 di Gifu, Jepun.

Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan penyertaan Lalu Muhammad Zohri yang pernah menjuarai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2018 dengan catatan masa 10.18 saat (s) bergantung kepada venue dan tarikh baharu kejohanan tersebut.

Ini kerana, Lalu akan genap usia 21 tahun pada Julai tahun depan sekali gus tidak dapat beraksi kerana telah melebihi had umur ditetapkan.

Pada masa sama, pelari dari Lombok itu juga mahu memberikan fokus kepada penyertaannya pada Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos selepas melayakkan diri tahun lalu menerusi ca­tatan masa 10.03s. – K! ONLINE

POPULAR