fbpx

Liverpool berazam kekal dominasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL menamatkan penantian selama 30 tahun apabila menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp melaungkan amaran bahawa anak-anak buahnya tidak akan berhenti daripada mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjulang trofi liga utama itu buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Pada aksi terakhir di Anfield awal pagi semalam, skuad The Reds telah merekodkan kemenangan bergaya 5-3 ke atas seteru tradisi, Chelsea tetapi terpaksa menjulang trofi EPL di stadium kosong tanpa kehadiran penonton.

Kata Klopp, pasukannya akan terus bekerja keras dan tidak akan berpuas hati dengan pencapaian semasa meskipun telah berjaya meraih tiga trofi penting sejak dua tahun lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Piala Kelab Dunia dan Piala Super Eropah.

“Saya sudah katakan kepada pasukan supaya jangan berhenti daripada melakukan apa yang anda lakukan sepanjang musim ini. Mereka perlu terus mendominasi dan saya percaya masih ada ruang yang boleh diperbaiki.

“Justeru, saya mahu pemain ambil saingan musim depan sebagai cabaran agar mereka dapat mengulangi kejayaan yang sama meskipun harus diakui bukanlah tugas mudah. Pasukan pencabar sudah bersedia untuk merampas apa yang kami miliki.

“Secara keseluruhan, pujian wajar diberikan kepada semua pemain dan beberapa pemain juga semakin menyerlah pada penghujung musim seperti Naby Keita,” kata Klopp yang telah membim­bing pasukan Liverpool sejak tahun 2015.

Skuad The Reds yang mengumpul 96 mata daripada 37 perlawanan akan mengharungi aksi terakhir liga menentang Newcastle United di Stadium St. James Park pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN