fbpx
Sebanyak 227 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP sehingga 23 Julai lalu. - GAMBAR HIASAN

227 ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 227 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 23 Julai lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 62 individu direman, 164 individu dikenakan kompaun manakala seorang lagi dijamin.

“Kesemua mereka terlibat dalam aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat semalam, sebanyak 34,972 kenderaan telah diperiksa menerusi 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR