fbpx

RM5.65 juta atasi banjir kilat di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solihan (dua dari kanan) menunjukkan pelan perancangan bagi menaik taraf sistem perparitan di sekitar Muar dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kepada Zaiton (kanan), Dr. Muhammad Yusof (tengah) serta Ir Rahmat (dua, kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di pekarangan lobi HPSF, Muar, Johor hari ini.

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR- Sebanyak RM5.65 juta akan diperuntukkan kerajaan bagi mengatasi masalah saliran dan perparitan di Muar susulan kejadian banjir kilat baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, kerja-kerja menaiktaraf itu membabitkan kawasan tumpuan yang berisiko termasuklah bangunan kerajaan iaitu Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

“Hujan lebat baru-baru ini telah mengakibatkan hampir seluruh kawasan di Muar dinaiki air termasuklah hospital. Dan masalah itu diambil serius oleh semua jabatan terlibat termasuklah Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Hasil siasatan kita dapati adalah pertama disebabkan hujan lebat dan kedua kerana terdapatnya saliran air tersumbat menghalang pembentung khususnya di kawasan hospital ini yang mengakibatkan sistem saliran tak lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pekarangan HPSF selepas mengadakan lawatan kerja di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zaiton Ismail; Jurutera Daerah JKR Muar, Ir Rahmat Rasib dan Pengarah HPSF, Dr Muhammad Yusof Sibert.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI