fbpx

Polis antara 10 suspek samun RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan 10 suspek lelaki termasuk tiga anggota polis Kontinjen Perak dan dua warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang juruwang di premis pengurup wang di sini dengan menggunakan senjata api semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, tangkapan bersiri ke atas kesemua suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan mangsa kira-kira pukul 9.45 malam pada 14 Julai lalu.

Menurutnya, hasil risikan polis dalam tempoh 24 jam telah berjaya menahan suspek berusia antara 24 hingga 44 tahun di sekitar negeri ini.

“Seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah dadah manakal tiga daripadanya merupakan anggota polis yang berkhidmat di Kontinjen Perak.

“Hasil soal siasat, polis berjaya merampas sebahagian daripada barang kes termasuk wang RM20,000 dalam pelbagai mata wang
daripada seorang tangkapan tersebut di Kampung Perlis, Balik Pulau semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas tiga buah kenderaan termasuk sebuah kereta berlambang polis serta dua pucuk pistol milik Polis diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, wang yang ditemui itu telah ditanam suspek di kawasan perkampungan dan terpaksa digali semula.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang merupakan lelaki berketurunan India Muslim telah ditahan empat suspek Melayu yang menaiki sebuah kereta Proton Preve berlambang polis.

Tambahnya, seorang suspek kemudiannya telah mengacukan sepucuk pistol dan meminta mangsa membawanya ke premis pengurup wang sebelum melarikan sejumlah RM100,000. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI