fbpx

Pihak hotel mesti bersedia terima pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
AZIMI MUSTAPHA, PENGARANG BERITA KOSMO.

 

PENGUMUMAN kerajaan mengenai kebenaran untuk melakukan aktiviti pelancongan domestik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sejak 10 Jun lalu sememangnya dinanti-nanti oleh rakyat negara ini.

Orang ramai sebelum ini berada di rumah hampir tiga bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi membendung dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkembangan positif itu menyifatkan, ia selaras dengan fasa penjenamaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri.

Umum mengetahui, sepanjang PKP, antara sektor yang teruk terjejas di negara ini adalah pelancongan terutamanya industri perhotelan.

Banyak hotel dikhabarkan membuang pekerja kerana tidak mampu meneruskan perniagaan ekoran kekurangan tempahan bilik daripada orang ramai.

Keputusan kerajaan untuk membenarkan pelancongan domestik sudah pasti merancakkan kembali sektor terbabit, selain menggembirakan pengusaha hotel yang ‘bermuram durja’ sepanjang PKP sebelum ini.

Buktinya, selepas beberapa hari keputusan itu diuar-uarkan, tempahan bilik hotel di beberapa lokasi pelancongan popular seperti Port Dickson dan Cameron Highlands habis.
Orang ramai yang berpusu-pusu menyesakkan jalan raya di lokasi pelancongan terbabit seolah-olah ‘membalas dendam’ atau melepas geram selepas berkurung di rumah dan tidak berbuat apa-apa dalam tempoh agak lama.

Dalam kerancakan orang ramai merancang percutian bersama keluarga, terdapat cerita kurang ‘enak’ kedengaran melibatkan sebahagian pengusaha hotel yang tidak sepatutnya berlaku.
Ada suara-suara yang tidak berpuas hati dengan pengurusan hotel di salah satu lokasi pelancongan di kawasan tanah tinggi tersohor yang seolah-olah tidak bertindak profesional terhadap pelanggan.

Pelanggan yang tiba di hotel terbabit dikatakan terpaksa mengemas sendiri bilik yang ditempah selepas diberikan kain cadar oleh pihak pengurusan, seolah-olah tiada kakitangan bertugas pada ketika itu.

Ada pelanggan yang merungut sebab sudahlah baru tiba dari jauh, terpaksa mengemas sendiri bilik pula. Kata mereka, hendak batalkan tempahan sudah terlambat kerana semua hotel dan rumah tumpangan di situ sudah penuh.

Sepatutnya, isu ini tidak timbul kerana pihak hotel mesti bersedia menerima tetamu sebelum membuka kembali perniagaan dan tidak menyusahkan pelanggan yang membuka pintu rezeki kepada mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI