fbpx

Lori kurier terbakar, 80% barang hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori kurier terbakar dalam satu kejadian di Taman Selesa Jaya, Balakong.

KAJANG – Hampir 80 peratus barang dibeli secara online yang dalam proses penghantaran kepada pelanggan hangus selepas sebuah lori milik syarikat kurier tempatan terbakar di Taman Selesa Jaya, Balakong di sini pagi semalam.

Kejadian berlaku pukul 6.10 pagi ketika pemandu lori lapan tan itu sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan barang untuk dihantar ke beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Penguasa Bomba Zafiruddin Mohd. Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.15 pagi dan sebaik tiba mendapati api sedang marak pada bahagian dalam belakang lori tersebut.

Katanya, pihak bomba mengambil masa lebih satu jam untuk memadamkan api sepenuhnya susulan banyak barang mudah terbakar dalam lori tersebut.

“80 peratus barang dalam lori itu hangus sepenuhnya manakala 20 peratus lagi rosak akibat terkena air ketika operasi memadamkan api dilakukan.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, satu gambar tular semalam menunjukkan perbualan menerusi Aplikasi Whatsapp seorang lelaki yang mendakwa pekerja syarikat tersebut memberitahu kebakaran itu berpunca daripada asid yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.

Bagiamanapun, sehingga kini syarikat kurier berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI