fbpx

Lelaki putus jari tangan akibat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki dikenali 'Kittang' yang dicari polis

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Seorang lelaki putus empat jari tangan kanan selepas diserang dua lelaki bersenjatakan parang dalam pergaduhan di sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi 2 di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10. 40 malam, mangsa berusia 28 tahun berasal dari Sabah itu turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala akibat ditetak suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham berkenaan teman wanita mangsa.

“Dua suspek yang juga berasal dari Sabah kemudianya telah bertindak menyerang mangsa menggunakan parang sehingga putus empat jari kanan.

“Mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar menegaskan susulan kejadian tersebut seorang suspek berusia 31 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, pihaknya masih mengesan seorang lagi suspek dikenali ‘Kittang’ yang berusia 28 tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superitenden Zamrus Zakaria di talian 019689 2777 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI