fbpx

Langgar SOP, denda RM1,000 atau penjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar arahan kuarantin wajib di rumah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang tidak bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000 atau didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan.

“Kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan kuarantin wajib di rumah yang telah menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling,” katanya pada sidang akhbar, di Bangunan Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah, semua individu yang menjalani kuarantin wajib di stesen-stesen kuarantin wajib mulai esok perlu menanggung kos harian kuarantin dan kos ujian saringan.

“Bagi pelajar tajaan, pihak penaja perlu membayar kos kuarantin mereka manakala pelajar dari keluarga B40 boleh memohon pengecualian. Orang kurang upaya juga dikecualikan daripada bayaran kos kuarantin,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan memberi kelonggaran untuk membenarkan anak yang berumur 12 tahun ke bawah berkongsi bilik dengan ibu bapa yang pulang dari tempat yang sama.

“Mereka yang ingin berkongsi bilik perlu menandatangai surat persetujuan terlebih dahulu. Ini supaya mereka faham akan risiko jangkitan sekiranya berbuat demikian,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI