fbpx

Felda Wilayah Jengka dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian dapur sebuah rumah dinaiki air di Jengka 24, Maran malam tadi.

Oleh M. RIZAL NOR

MARAN – Sebanyak 27 buah rumah naiki air ekoran banjir kilat di beberapa tanah rancangan sekitar Felda Wilayah Jengka, di sini malam tadi.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Afzal Hanis Hamid Abdul Kadir berkata, kawasan yang terlibat adalah Jengka 1 (sebuah rumah), Jengka 11 (10 rumah), Jengka 13 (dua rumah), Jengka 14 (empat rumah), Jengka 21 (lapan rumah) dan Jengka 24 (dua rumah).

“Hujan lebat yang melanda kawasan Jengka semalam menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.

“Selain kawasan kediaman, bangunan UMNO dan Sekolah Agama Rakyat di Jengka 14 turut di tenggelami air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara malam tadi dan kini semua telah kembali ke rumah masing-masing.

Difahamkan, terdapat beberapa laluan sekitar Felda Wilayah Jengka turut dinaiki air malam tadi namun dilaporkan surut sepenuhnya hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI