fbpx

Tukang perabot didakwa bunuh bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oh King See dibawa polis selepas didakwa membunuh bekas isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang tukang perabot dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas isterinya bulan lalu.

Tertuduh, Oh King See, 33, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Rashidah Baharom.

Mengikut kertas pertuduhan, King See didakwa membunuh bekas isterinya, Goh Jingpei, 27, pada pukul 6 pagi, 15 Julai lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah bernombor 54, Jalan EJ 2/9, Taman Ehsan Jaya di sini.

Dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Benedict Choing Kai-Qi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Yap Che Kai.

Mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI