fbpx

Penganggur edar dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan yang dirampas dalam serbuan di Sungai Lokan, Buterworth semalam.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditahan polis selepas menemui kira-kira 56 gram (g) dadah pelbagai jenis bernilai RM5,600 di sebuah kediaman di Sungai Lokan, Butterworth di sini semalam.

Lelaki tempatan berusia 29 tahun yang tidak bekerja itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan beg suspek, pihaknya menjumpai 51 g dadah disyaki syabu, 2.4 g ketamin dan 10 biji pil Eramin 5.

“Kita percaya bekalan dadah yang dirampas adalah untuk dijual di sekitar kawasan Mak Mandin.

“Saringan awal ujian air kencing suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek akan direman selama seminggu hari bermula hari ini sehingga 28 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen (15)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI