fbpx
Gambar hiasan

Suri rumah mengaku tidak bersalah terima wang bukan miliknya RM380,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM380,000 yang bukan miliknya lapan tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Luwee Pei Chen,48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mengikut pertuduhan, ibu dua anak itu didakwa dengan curangnya menerima wang berjumlah RM380,000 kepunyaan ahli perniagaan Tan Han Sheng ,31, ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh yang mana diketahui wang tersebut bukan miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank, Jalan Genting Kelang, Setapak di sini antara 13 Disember 2013 hingga 29 Januari 2014.

Berikutan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hajar Hamzah mencadangkan jumlah ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Syazwan Mohd. Salleh yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja. -K! ONLINE

POPULAR