fbpx

Suri rumah menangis ketika didakwa dera anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menangis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan mendera anak angkat perempuannya yang berusia enam tahun sehingga menyebabkan bengkak di atas lutut serta jari tangan kiri pada Januari tahun lalu.

Bagaimanapun Munirawati Othman, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohd. Khalid.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa dengan sengaja melakukan penderaan terhadap kanak-kanak perempuan sehingga menyebabkan kecederaan. Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah Kampung Batu Muda, Sentul pada Januari 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberi ikat jamin dengan alasan perlu menjaga empat anaknya yang berusia 17 hingga 10 tahun selain ikat jamin yang rendah memandangkan suaminya hanya bekerja sebagai pekerja am.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan 28 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.

Difahamkan mangsa kini sudah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -K! ONLINE

POPULAR