fbpx

Polis gempur 13 sarang dadah, 448 penagih diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penagih dadah yang diberkas Polis Kontinjen Johor dalam serbuan Ops Sarang Khas di seluruh negeri Johor antara Januari hingga Ahad lalu. Foto IHSAN POLIS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU- Polis menahan 448 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam serbuan Ops Sarang Khas yang dijalankan serentak di seluruh negeri ini, Ahad lalu.

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi tersebut yang melibatkan 341 anggota dan pegawai dijalankan di 13 lubuk penagihan dadah di 13 buah daerah di negeri ini menahan kesemua suspek berusia 18 hingga 60 tahun.

Katanya, kesemua yang ditahan membabitkan 31 pengedar, 42 memiliki dadah dan 331 penagih selain merampas dadah pelbagai jenis melibatkan heroin seberat 300 gram (g), syabu (103.3g) dan ganja (103.3g) serta empat liter air ketum dan enam biji pil eramin 5 bernilai RM20,989.

“Tangkapan Operasi Sarang Khas dibuat ini merupakan yang tertinggi direkodkan berbanding kontinjen polis yang lain. Lubuk penagihan dadah ini sentiasa berubah dan biasanya menjadikan rumah terbiar dan kawasan hutan sebagai lokasi mereka.

“Kebanyakan kes membabitkan individu yang ditahan berulang kali sebelum ini, malah ada yang sudah ditahan lima hingga enam kali.

“Daripada jumlah tersebut, majoriti yang ditahan adalah penganggur dan terdapat juga segelintir golongan professional,” katanya pada sidang akhbar di IBU Pejabat Kontinjen Johor, di sini hari ini. -K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI