fbpx

Aksi ‘hero’ selamatkan monyet dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman viral yang menunjukkan seorang lelaki menangkap seekor monyet yang sesat di lebuh raya.

KUALA LUMPUR – Aksi beberapa anggota polis dan seorang penunggang motosikal sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan seekor monyet yang cedera dilanggar sebuah kenderaan tular di media sosial hari ini.

Tindakan tersebut mendapat pujian netizen sehingga menggelarkan mereka sebagai ‘hero’.

Sebuah rakaman video berdurasi hampir dua minit yang tular di media sosial menunjukkan monyet yang kelihatan lemah dengan kesan darah di badannya.

Pada masa sama monyet itu dilihat beberapa kali mengelak daripada diangkat oleh anggota polis yang menghentikan kereta peronda di tengah jalan bagi melindungi haiwan itu.

Meskipun monyet terbabit bertindak agresif namun salah seorang anggota polis trafik yang dibantu seorang penunggang motosikal berjaya menangkap monyet itu.

Kemudian, selepas berjaya ditangkap monyet terbabit dilepaskan ke kawasan hutan di tepi lebuh raya tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI