fbpx

Wanita lari kuarantin di rumah dicari Jabatan Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular seorang wanita yang memakai gelang kuarantin di rumah menikmati roti canai di percayai di Perak.

IPOH – Seorang wanita sedang dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Perak selepas dia dilihat keluar dari kawasan kuarantin di rumahnya dan menikmati hidangan makanan di sebuah restoran di Meru Raya di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan selepas gambar wanita yang memakai gelang pengesanan kuarantin berkenaan tular di media sosial hari ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengambil maklum berkaitan kes wanita berkenaan.

“Tindakan serta-merta untuk menyiasat perkara ini sedang dijalankan Jabatan Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lay Ming, tindakan undang-undang akan diambil kepada wanita berkenaan sekiranya ia didapati berasas.

Beliau turut menegaskan pemegang status Individu di bawah Pengawasan (PUS) yang gagal mematuhi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di rumah masing-masing akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sekeping gambar wanita yang memakai gelang pengesanan kuarantin sedang menikmati hidangan di sebuah restoran yang dipercayai terletak di Meru, Ipoh tular di media sosial hari ini.

Bagaimanapun identiti wanita berkenaan masih belum dikenal pasti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI