fbpx

Penganggur didakwa beri suapan RM350 kepada polis trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, R. Lingeswaran, 37, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bermula hari ini.

IPOH – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM350 kepada seorang anggota polis di Jalan Tupai, Taiping Isnin minggu lalu.

Tertuduh, R. Lingeswaran, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa  secara rasuah memberi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM350 kepada Sarjan Som Nek Euat yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya pada pukul 9.20 malam 13 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Nurul Wahida memohon mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia mempunyai masalah psikiatri.

Indra Nehru kemudian mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bermula hari ini.

Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI