fbpx

Polis akan panggil pengeluar kasut guna logo Jata Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan logo Jata Negara dalam kasut yang menjadi tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil beberapa individu dari sebuah syarikat pengeluar kasut bagi membantu siasatan berhubung penggunaan logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikat berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut termasuk satu daripada pihak syarikat pengeluar kasut itu sendiri.

“Siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu daripada syarikat pengeluar kasut itu akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Semalam, pengeluar kasut jenama Beethree membuat permohonan maaf secara terbuka susulan mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikatnya.

BeeThree Footwear dalam satu kenyataan berkata, kesilapan tersebut berlaku berikutan kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan menghentikan pengeluaran produk tersebut serta-merta.

“Kami dari syarikat BeeThree Footwear ingin membuat permohonan maaf di atas kesilapan syarikat kami yang telah meletakkan logo Jata Negara di bahagian insole seperti yang tular di media sosial,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI